~Menuntut Ilmu Menurut Perspektif Islam~



Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu. Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Qur’an melalui berbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat Al-Qur’an antaranya,
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
            “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.  (Az-Zumar:9)
Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)
Firman-Nya lagi maksudnya:
            “Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.   (Al-Faatir:28)
 
Konsep Ilmu
Konsep ilmu dalam Islam merujuk kepada hakikat bahawa Allah S.W.T sebagai pemilik mutlak ilmu. Manusia hanya diberikan sedikit sahaja ilmu. Namun begitu ilmu yang sedikit sangat bermakna di sisi Allah jika ianya digunakan sebaik mungkin iaitu sehingga membawa kepada keimanan yang kukuh terhadap Allah serta mengikut perintah dan menjauhi laranganNya. Ilmu mesti dipelajari dan dikembangkan berdasarkan asas-asas tauhid dan disertakan integrasi iman, kemanfaatan ilmu, amalan yang soleh dan akhlak yang mulia (Mohd. Kamal Hassan, 1998:19).
Dasar ini jelas melalui wahyu pertama iaitu surah Al-‘Alaq yang menyatukan antara tauhid (melalui sifat al-Khaliq mutlak) dengan ilmu (Muhammad Dawilah,1993:9). Semua pancaindera zahir dan batin yang dijadikan oleh Allah adalah bermatlamatkan pencarian ilmu yang benar. Lantaran itu manusia yang tidak menggunakan pancaindera tersebut untuk mendapatkan ilmu yang benar akan dikutuk. Hal ini jelas melalui firman Allah S.W.T,
"Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakkan Jin dan manusia, bagi mereka ada jantung hati (tetapi) tidak mengerti dengannya, dan bagi mereka ada mata (tetapi) tidak melihat dengannya, dan bgai mereka ada telinga (tetapi) tidak mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah." (Al-‘Alaq:179)
Hukum Menuntut Ilmu
"Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina". (Al-Hadis)
Kadang-kadang kita lupa untuk apa sebenarnya kita menuntut ilmu, dan kita juga lupa apa hukumnya menuntut ilmu dalam agama Islam. Dalam hal tersebut, saya ingin mengingatkan kembali untuk apa sebenarnya, dan apa hukumnya kita menuntut ilmu dalam agama Islam. Hal tersebut ada dinyatakan di dalam buku "Ilmu Fiqih Islam" karangan Drs. H. Moh. Rifai.

Apabila kita memperhatikan isi Al-Qur’an dan Al-Hadis, terdapat beberapa suruhan yang mewajibkan bagi setiap muslim baik laki-laki mahupun perempuan, untuk menuntut ilmu, agar tergolong menjadi umat yang cerdas, jauh dari kabut kejahilan dan kebodohan. Menuntut ilmu artinya berusaha dengan jalan menanya, melihat atau mendengar. Perintah kewajiban menuntut ilmu terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud;
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)
Dari hadis ini kita memperoleh pengertian bahawa Islam mewajibkan pemeluknya agar menjadi orang yang berilmu, berpengetahuan, mengetahui segala kemaslahatan dan jalan kemanfaatan; menyelami hakikat alam, dapat meninjau dan menganalisis segala pengalaman yang didapati oleh umat yang lalu, baik yang berhubungan dengan ‘aqidah dan ibadat, serta hubungannya dengan soal-soal keduniaan dan segala keperluan hidup.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)
Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ‘ain dan adakalanya wajib kifayah.

Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ‘ain dan adakalanya wajib kifayah.

Pembahagiaan Ilmu
Syari’ah Islam menggariskan dua bahagian besar ilmu iaitu ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Fardhu ‘ain dirujuk kepada ilmu yang wajib diketahui oleh setiap orang "mukallaf" atau yang sudah diberi pertanggungjawaban dalam Islam. Fardhu kifayah pula ialah ilmu yang diwajibkan ke atas sebahagian umat Islam untuk menguasainya dan jika terdapat sebahagian yang sudah menguasainya maka terlepaslah kewajipan umat Islam yang lain daripada bebanan wajibnya.
Ilmu fardhu ‘ain boleh dibahgikan kepada empat bahagian iaitu ilmu yang berkaitan rukun iman, yang berkaitan dengan hukum hakam, yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diharamkan dan yang berkaitan dengan pergaulan dan muamalah seharian (Amir A. Rahman, 1991:110-111). Fardhu kifayah pula ialah bidang ilmu yang luas dan sering berjalan seiring dengan perkembangan zaman. Sebahagian umat Islam diwajibkan untuk mengetahuinya agar tidak memberikan kesan buruk kepada Islam yang mungkin menghadapi ketinggalan dalam bidang kebendaan serta terancam keselamatannya.
Ilmu yang wajib ‘ain dipelajari oleh mukallaf iaitu yang perlu diketahui untuk meluruskan ‘aqidah yang wajib dipercayai oleh seluruh muslimin; dan yang perlu diketahui untuk melaksanakan pekerjaan-pekerjaan yang difardhukan atasnya, seperti shalat, puasa, zakat dan haji.

Di samping itu perlu dipelajari ilmu akhlak untuk mengetahui adab sopan santun yang perlu kita laksanakan dan tingkah laku yang harus kita tinggalkan. Di samping itu harus pula mengetahui kepandaian dan keterampilan yang menjadi tonggak hidupnya. Adapun pekerjaan-pekerjaan yang tidak dikerjakan sehari-hari maka diwajibkan mempelajarinya kalau dikehendaki akan melaksanakannya, seperti seseorang yang hendak memasuki alam rumah tangga seperti syarat-syarat dan rukun-rukunnya dan segala yang diharamkan dan dihalalkan dalam menggauli isterinya.

Sumber Ilmu
Kebanyakkan manusia mengagungkan akal sebagai punca ilmu yang tidak terbatas. Mereka mletakkan akal sebagai pembeza utama dalam apa hal sekalipun. Keadaan ini menyebabkan ramai manusia yang sesat dan menyesatkan seperti yang berlaku pada zaman Greek purba yang mencari Tuhan dengan semata-mata menggunakan akal. Islam meletakkan sumber ilmu yang jelas dan tersusun rapi serta terjamin kesahihan dan ketekalannya. Al-Qur’an dan Sunnah adalah dua sumber utama ilmu dalam Islam. Kedua-duanya dirujuk sebagai sumber "wahyu". Selepas itu barulah akal diletakkan sebagai antara sumber ilmu dan masih lagi di bawah naungan wahyu (Hassan Langgulung, 1981:28). Bertepatan dengan fakta tersebut, Mohd. Kamal Hassan (1988:25) menjelaskan punca ilmu dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu Naqli atau Revealed Knowledge (Wahyu) dan ‘Aqli atau Acquired Knowledge (akal). Firman Allah S.W.T maksudnya:
"Sebagaimana Kami telah mengutuskan seorang Rasul kepadamu, iaitu salah seorang di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu, membersihkan kamu (daripada kelakuan yang tidak baik) dan mengajarkan Kitab dan hikmah kepadamu dan lagi mengajarkan apa-apa yang belum kamu ketahui." (Al-Baqarah:151)

Objektif Ilmu
Tujuan menuntut ilmu bukanlah bermatlamat ilmu semata-mata tetapi ia merupakan wasilah (jalan) untuk memahami dan menguasainya bagi melaksanakan ubudiyyah kepada Allah S.W.T. Tujuan menuntut ilmu juga adalah untuk melaksanakan petunjuk Allah S.W.T. sebab itulah menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslimin dan muslimat".
Antara lain tujuan menuntut ilmu ialah untuk membina kekuatan ummah Islam dan untuk mencari kemaslahatan masyarakat manusia. Membina kekuatan umat merupakan salah satu tanggungjawab para penuntut kerana merekalah bakal pemimpin di masa depan. Oleh yang demikian, kemaslahatan ummah banyak bergantung kepada pemimpin dan kepimpinannya.

Antara lain tujuan menuntut ilmu ialah untuk membina kekuatan ummah Islam dan untuk mencari kemaslahatan masyarakat manusia. Membina kekuatan umat merupakan salah satu tanggungjawab para penuntut kerana merekalah bakal pemimpin di masa depan. Oleh yang demikian, kemaslahatan ummah banyak bergantung kepada pemimpin dan kepimpinannya.
Moga-moga dengan tujuan yang suci dan bersih ini dapat melahirkan para ilmuan yang membangunkan muka bumi ini menurut apa yang telah digariskan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna menuntut ilmu di dalam Islam bukanlah sekadar mencari habuan dunia, wang ringgit dan harta benda akan tetapi ianya merupakan suatu usaha untuk melengkapkan diri sebagai hamba Allah dan khalifah Allah S.W.T. di muka bumi ini . Para ilmuan Islam mestilah memahami bahawa mereka wajib memainkan peranan untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan keamanan sejagat iaitu dengan cara mengembalikan sistem Islam memerintah alam ini. Para ilmuan Islam juga perlu berusaha sedaya upaya mungkin menjadikan diri mereka sebagai pekerja Islam dan penda’wah ke arah melahirkan ummah Islam yang iltizam dengan Islam dalam segenap aspek kehidupan. Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Qur’an yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya.." (Al-Baqarah:208)
Para ilmuan Islam juga sama sekali tidak boleh lupa bahawasanya antara tugas seorang muslim itu ialah menegakkan yang ma’ruf iaitu mengajak manusia menegakkan dan mendaulatkan ajaran Allah S.W.T. dan mencegah kemungkaran iaitu melarang manusia dari melakukan larangan Allah S.W.T. dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

Sabba Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
"Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia cegah dengan tangannya (kuasa), sekiranya tidak mampu cegahlah ia dengan lisan seandainya tidak mampu juga; cegahlah ia dengan hati itu yang paling lemah imannya."
Sehubungan dengan itu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud;
" Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu dari Rabb kamu. Dan jika kamu tidak mengerjakannya maka tidaklah kamu menyampaikan risalahNya. Allah memelihara kamu daripada manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir". (Al-Maidah:67)
Sehubungan dengan itu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud;
Diperintah oleh agama, sungguh tidak disangkal lagi, bahawa mengajar adalah suatu pekerjaan yang seutama-utamanya. Nabi diutus ke dunia inipun dengan tugas mengajar, sebagaimana sabdanya;
" Aku diutus ini, untuk menjadi pengajar." (HR.Baihaqi)

Sekiranya Allah tidak membangkitkan Rasul untuk menjadi guru manusia, guru dunia, tentulah manusia tinggal dalam kebodohan sepanjang masa. Walaupun akal dan otak manusia mungkin menghasilkan berbagai ilmu pengetahuan, namun masih ada juga hal-hal yang tidak dapat dijangkaunya, iaitu hal-hal yang di luar akal manusia. Untuk itulah Rasul Allah dibangkitkan di dunia ini. Mengingat pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan kepada manusia/masyarakat secara luas agar mereka tidak dalam kebodohon dan kegelapan, maka diperlukan kesedaran bagi para mualim, guru dan ulama, untuk beriringan tangan menuntun mereka menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Bagi para guru dan ulama yang suka menyembunyikan ilmunya, mereka mendapat ancaman, sebagaimana sabda Nabi S.A.W.;
"Barangsiapa ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian menyembunyikan (tidak mahu memberikan jawapannya), maka Allah akan mengekangkan (mulutnya), kelak di hari kiamat dengan kekangan (kendali) dari api neraka." (HR Ahmad)

Marilah kita menuntut ilmu pengetahuan sesempat mungkin dengan tidak ada hentinya tanpa menguzurkan diri sampai ke liang kubur, dengan ikhlas dan tekad mengamalkan dan menyumbangkannya kepada masyarakat, agar kita semua dapat mengenyam hasil dan buahnya di akhirat nanti.

~ Dugaan Illahi ~


Peringatan , diminta para pembaca tidak salah faham dengan maksud dugaan dan ujian . Mengenai dugaan dan ujian , ianya boleh berlaku dalam 2 bentuk kesenangan mahupun kecelakaan , ia tidak semestinya ditakrifkan sebagai kecelakaan sahaja , jadi beringat-ingatlah . Sesungguhnya orang yang lebih dicintai Allah itu , diberikan olehNya kefahaman yang mendalam terhadap 'deen'nya . JADILAH ORANG YANG SABAR , JADILAH ORANG YANG DICINTAI ALLAH , JADILAH ORANG YANG DIBERI KEFAHAMAN OLEHNYA TERHADAP AGAMANYA ^_^




~ Orang yang hebat = Orang yang mampu bangun semula selepas jatuh

~ bentuk ujian = susah / senang

Ada manusia diuji dengan bencana :
"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu . Mereka ditimpa kepapaan , penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya :
“Bilakah akan dating pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat." (Surah Al-Baqarah, Ayat 214)

~ Jangan latihkan diri menyalahkan takdir

~ bertaubat ketika diberi ujian (ingat kepada balasan)

~ taubat itu akan melepaskan kita di akhirat

~ orang yang baik , mampu melihat kelemahan & keaiban diri sendiri

~ Allah tidak melihat permulaan kita , tapi Allah melihat di mana akhirnya

~ jangan banding kebahagiaan kita dengan orang lain
>> itu tandanya kita tak bersyukur

~ PASRAH (malas nak fikir mengenai masalah itu / membiarkan ia berlalu begitu sahaja) tidak sesekali sama dengan SABAR

PASRAH = menghampiri putus asa

SABAR = meyakini ia pasti ada hikmah , kematangan fikiran

contoh :
1. Masalah rumahtangga
- kita perlu perbaiki , bukan 'lari' (akan jadi orang yang positif)

2. Ski (permainan / sukan sewaktu musim salji)
- jangan sampai jatuh , jika jatuh pun kena jatuh secara elok
- nak bangun dari jatuh pun perlu ada teknik
>> begitu juga dalam kehidupan , setiap sesuatu masalah itu ada 'teknik' penyelesaiannya..

~ jangan kamu berputus harap pada Allah

~ Ada yang diuji dengan kesenangan :
"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)." (Surah Az-Zumar, Ayat 49)

~ jika bersyukur Allah akan tambah nikmat

~ sama ada dalam waktu susah atau senang , sentiasa perlu rapat dengan Allah

~ Allah juga uji dengan kehilangan sesuatu / seseorang

~ sesuatu yang hilang boleh ada pengganti , tetapi jangan iman yang hilang (Na'uzubillah..), itu susah untuk dapatkan kembali !

~ dan Allah tidak akan bebankan kamu dengan sesuatu yang tak tertanggung

~ salah satu ujian = kita tidak pernah menipu / menzalimi seseorang tetapi orang buat macam itu pada kita

~ banyakkan istighfar

~ kita juga boleh diuji dengan tarikan maksiat

~ ada diselit kisah Nabi Musa , di mana umatnya disesatkn oleh samiri dengan tarikan maksiat (menyembah patung anak sapi)

~ pandangan Imam Al-Ghazali dalam al-Arba‘în fî Uŝūl al-Dîn yang menyebut ;
"Hakikat sabar adalah keteguhan [thabāt] yang mendorong hidup beragama dalam menghadapi dorongan nafsu."
[sabar untuk taat pada perintahNya & meninggalkan laranganNya]

~ hikmah bagi yang ada anak OKU / hiperaktif.. ?
>>> Wallahua'lam,.. tetapi mungkin Allah nak bagi kita lebih pahala
>>> beri pendidikan kepadanya sekadar mampu dalam hal Islam

~ ingatlah , seberat-berat ujian ialah ujian para nabi

~ Allah takkan letak ujian pada yang tidak mampu

~ ujian diberi berdasarkan iman / ketahanan seseorang . Semakin tinggi imannya , semakin dia diuji
[ibarat seperti pohon yang dipanjat , semakin tinggi semakin kuat dibadai angin :)

~ sentiasa berdoa agar diberikan jalan keluar bagi masalah yang sedang dihadapi

~ tahukah kita , Ketaatan kepada suruhan Allah juga salah satu ujianNya ?
"Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. " (Surah Ash-Shafaat, Ayat 106)

contoh : melaksanakan puasa , solat subuh awal pagi..

~ kelebihan yang Allah beri pada kita juga suatu ujian :
"Dan Kami berikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) berbagai mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata (untuk melahirkan sikap mereka)." (Surah Ad-Dukhan, Ayat 33)

~ bagaimana caranya untuk tempuhi dugaan agar kita redha ?
>> kalau Allah sayang , sebesar mana ujian , Allah akan bagi ketenangan & jalan keluar

~ jangan rasa terhina dengan kejatuhan , kita perlu bangun balik

~ berdo'alah padaNya , InsyaAllah kita dapat hadapi
matlamat doa >> untuk hampirkan diri kepada Allah
baca dalam bahasa melayu pun tidak mengapa .

~ ujian hati itu lebih berat (bisikan-bisikan hati)
contoh - peristiwa isra' & mi'raj yang menduga kepercayaan sahabat nabi kepada baginda

~ ucapkan = aamantu-billah (aku beriman kepada Allah)

~ Sekian , Wallahua'lam ~

5 syarat sebelum memilih TEMAN (IMAM AL-GHAZALI)




;) now , na bertazkirah sikit laa dekat semua . Tada apa yang paling penting dalam hidup kita yang bergelar insan . Kita perlu saling ingat-mengingati , tegur menegur ye dak semua ? so , ada sedikit renungan dan tazkirah yang ana buat (cewah ana tuh , baik sebentar) tp secara realitinya mmg baik laa . Tapalah , kita nh manusia kekadang lalai dgn dunia betol ta ? Ada sesapa setuju ? Betoi , tambahan pula dunia sekarang macam-macam dah berlaku . So , renung-renugkan dan SELAMAT BERAMAL .
Sebelum menjatuhkan pilihan pada seseorang untuk diangkat sebagai pegawai , pembantu , atau kawan , maka seeloknya kita melakukan ujian . Memilih seorang juru masak , kita perlu mengujinya terlebih dahulu sebelum dia benar-benar layak diangkat . Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad mengatakan :
“Jika engkau ingin memilih seorang manusia mengikut keperluan dirimu , maka ujilah dengan perkara yang dengannya ia layak untuk dipilih ."
Terlebih dalam memilih teman pergaulan . Kita lihat , apakah ia teman yang pantas diajak bersahabat atau hanya akan menjadi penolong yang kemudian merosakkan diri kita . Sikap tidak kesah tanpa ujian , akan mendatangkan penyesalan . Lihat apakah ia seorang yang boleh dipercayai ,  jujur , dan sebagainya .
Imam Ghazali membuat 5 syarat sebagai syarat layak tidaknya ia diangkat sebagai teman :

1. Uji akalnya.

Mengapa ? Akal adalah modal utama dalam meraih keberuntungan . Sebaliknya , kebodohan adalah sebuah kerugian . Seorang yang berusaha mengemudikan kendaraan tanpa memiliki kecakapan , ia akan terperosok , melukai orang lain .

Seorang pembantu yang tidak pintar , akan memberikan pisau pada seorang Balita yang merengek-rengek meminta pisau . Tanpa ada akal yang membimbingnya , si pembantu tersebut betul-betul memberikannya . Akibatnya , berdarah-darah .
Oleh sebab itu , Imam Ali bin Abi Thalib mengatakan :
''Jangan kamu berteman dengan orang yang bodoh. Berhati-hatilah. Banyak orang yang pandai, jatuh kerana orang yang bodoh ''

2. Uji Budi pekertinya.

Betapa banyak , mereka yang cerdas secara intelektual tapi tidak berakhlak . Pandai namun melakukan rasuah , menipu , rosak moralitinya .

Mungkin ia cerdas , mempunyai gelaran akademik yang berjela di belakang namanya , tapi ia tidak boleh mengelola emosi dan syahwatnya .

Nilai manusia terletak pada akhlak bukan pada ketampanan dan wajah yang rupawan . Allah memuji Nabi SAW bukan dari segi ketampanannya meski beliau manusia paling tampan , bukan pada bau harumnya meskipun beliau membawa bau harum di mana beliau berada . Allah berfirman :
“Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung''
(Surah Al-Qalam, Ayat 4)
Seperti itulah nilai keagungan Nabi , iaitu akhlak . Sebotol minyak wangi harganya boleh melonjak tinggi sebab ia membawa wangian . Semakin harum , semakin mahal nilainya . Akhlak merupakan nilai 'standard' diri seorang manusia .


3. Perbuatannya.

Ertinya , jangan mencari kawan , pembantu , atau pegawai yang fasik , melanggar ajaran Allah . Carilah seorang yang taat pada Allah dan hindari orang-orang yang gemar bermaksiat . Allah berfirman :
“Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari orang yang berpaling dari peringatan Kami, dan tidak mengingini kecuali kehidupan duniawi.” (Surah An-Najm, Ayat 29)
“Maka sekali-kali janganlah kamu dipalingkan daripadanya oleh orang yang tidak beriman kepadanya dan oleh orang yang mengikuti hawa nafsunya, yang menyebabkan kamu jadi binasa”. (Surah Thaha, Ayat 16)
Ketika kita berteman dengan orang fasik , lunturlah nilai sebuah kesolehan . Ketika kita berani menjalin hubungan persahabatan dengan penagih dadah , kitalah akan menjadi korban berikutnya . Ketika orang yang sihat berkumpul dengan orang yang sakit , orang yang sihatlah yang akan terkena jangkitannya .


4. Akidahnya.

Jangan berkumpul dengan ahli bid`ah . Di saat ramainya lalu-lintas aliran sesat , tentu mengangkat seseorang sebagai pemimpin , teman , atau pembantu , mesti melihat dan meneliti akidah yang diyakininya . Jika tidak , tidak menutup kemungkinan , ia akan menyebarkan virus kesesatannya pada keluarga dan masyarakat sekitar . Menimbulkan pergaduhan dan ketidakselesaan .


5. Cintanya pada dunia.

Jangan cari teman yang cinta dunia, tamak, dan rakus terhadap dunia . 2 ciri khas orang tamak :
i) Enggan membantu orang lain yang berada dalam kesusahan
ii) Selalu berusaha menambah kenikmatan duniawinya meski untuk itu harus mengambil hak dan martabat orang lain.
Orang tamak tidak mahu rugi , namun sentiasa mengail keperluan di balik keluh-kesahnya kala ia didera derita . Ia memutus harapan . Demi kepentingannya , ia akan mengorbankan pihak lain dengan berbagai cara . Licik adalah nafas hidupnya .

Habib Abdurrahman As-Saggaf mengajarkan sebuah prinsip :
“Jika kamu menilai manusia seperti serigala, maka jangan kamu menjadi domba untuk dimakan olehnya. Jika kamu melihat orang yang lugu, maka jangan kamu memakannya.”
Jangan jadi penjahat dan jangan mahu dijahati , jadilah orang yang pandai memberikan manfaat , tapi jangan dimanfaatkan oleh orang untuk kepentingan yang tidak baik . Wallahualam…

"Tiada KEREHATAN bagi SEORANG PEJUANG melainkan KEMATIAN"

sumtin diffrent foe me ;)


Ooo , ahora quiero blog que fue hecha en España . Pobres , pero no se cierra completamente puede leer lo que escribo en la inglish . Dads means ( hai , sekarang aku nak tulis blog aku dalam bahasa spain lah . tapi kesian dekat semua nanti taleh , baca jadi aku tulis dalam bahasa inglish la ) 





friends.. friendship is the hardest thing in the world to explain. it's not something you learn in school. but if you haven't learnt the meaning of friendship, you really haven't learned anything. seriously i don have many friends because i'm not friendly enough & people usually JUDGED me through my appearance. & of course they do not not know me well that they just believed in their eyes . true friends , here they are each & every time i need . kawan kawan , u noe who u are to me . don want to list out the names because somehow it's kind of being unfair . sayang anda semua . kita mmg jauh tapi kita still kawan kan ? ada sekarang di Moroco . Mesir . UNISZA , Kuin  n macam macam lagi lah . Nak tulis semua ta larat laah . jd aku tulis yang na aku mampu jalah .


i'm not a good daughter , a good brother  nor a good friend but really trying hard to be a good one . thanks to all to bear with my attitude . being imperfect is me but no one is perfect until u fall in love with them . i'm afraid of losing people around me . espcially ma future wife (insyaAllah) his name being secret  . afraid of commitment . that's the real me . but i noe myself better than others :) I NOE WHO I'M OKE ????

so , have faith in yourself & have a great year ahead with full of challenges waiting for us  ;)
DOA is the most important thing foe me . insyaAllah . u can make it throughout the year 2011 !!

news UPDATE blog ;)


Assalamualaikum . Janji tak merepek dah bila nak menaip * Tadah tangan doa kepada Allah *



Sorry sebab lambat gila update blog yang gersang ini . Oh HAHA ;) . Hai follower-follower baru yang segak macam aku * lambai tangan * tengs , kamsahamida (korean version) kerana terus membaca blog ini walaupun tak sehebat Siti Nurhaliza , Ana Rafali o Faizal Tahir (superhero) . Motif ? DAH NAMPAK NAK MEREPEK . papa jalah . janji aku shuka nan blog aku nh . So , lets enjoyy .


Rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 !! Semoga tahun 2011 ini lagi happy dan SUKSESS dari tahun lepas . Lambat wish pun sebab aku tadak dekat rumah laa skg . Aku skg ada dekat KIDU nagh mjalani pogem bahasa arab . besalah Bahasa Arab an Bahasa Syurga . Haa , enset aku baru - baru nh rosakk tau . Kesian dia . Rosak. Masuk ICU. Linda Ong betul. Azam aku untuk 2011 ? Well , Nak jadi seorang USTAZ o CHEF . HAHA ;) . bole kerr ? Tidakk pun aku nak jadi artis terkenal . Nak kikis duit perempuan kat luar sana . HAHA ;) .  Eh eh EH , Azam apa macam ni ? Ta elokk laa azam macam nh . Sentap orang nama SYAZWAN . Eh , nama kau Syazwan kan ? Pergi sana jauh-jauh . Tak panggil kau pun . Aku nak jadi anak yang baik , soleh ,  student yang handsome dan baik dan rajin . Nak rajin update blog selalu . Boley ? Cecece. Semangat siott tuh . Cecece . Sekarang boleh la taip   macam-macam . Tapi nanti hampeh  . HAHA ;)